www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
topbella

Sunday, October 24, 2010

Jangan Tinggal kan Aku..

Malam hari ku menangis..
Aku bergelut dengan perasaan ku sendiri..
Aku ingin kan kamu ada bersamaku..
Aku ingin merasai segala-gala yang kau rasakan..

Tetapi kamu tidak lagi begitu..
Terlalu banyak janji yang tidak dapat dikotakan
Namun aku tetap berpegang pada panji-panji cinta yang telah dimeterai..
Tak kan aku melepaskan kamu kepada mereka yang hanya melihatmu..
Bukan pada batinmu..Katakan sayang..adakah aku buta untuk mengertinya..

Aku lemah tanpa kamu..tak kan aku mampu menempuh hidup ini tanpa kehadiranmu..
Aku sayangi kebaikan mu apatah lagi kucintai kekurangan pada dirimu..
Kamu dan aku sama.. Kita tidak pernah sempurna..tetapi percayalah sayang..
Aku sentiasa ingin menjadi yang terbaik untuk mu..dan aku sentiasa ingin menyempurnakan hidupmu dalam ketidak sempurnaan ini sayang..Jangan kau pergi dan memaling wajahmu dariku..Aku rindukan kamu dan dimana kamu..Kenapa kau cuba lari dari aku yang sentiasa ingin mengenalimu..

Ampunkan salah dan silapku sayang jika aku bersalah padamu..
Dan percayalah aku sedianya memaafkan kesalahanmu sejak kesalahan itu belum berlaku..
AKU TERAMAT MENCINTAIMU SETIAP HARI-HARIKU...
Ini bukan cinta permainan hidup kita..Ini perjuangan aku dan kamu..terus berjuang sayang..jangan putus harapan jangan kau lari dari kenyataan..

Tuesday, August 24, 2010

Kau Berubah..

Sayang...betol abg sibuk abg buat kerja tapi ayang jaga diri baik2..jgn kuar dengan lelaki sana sini..nape ayang dah berubah..ayang mintak abg berubah jadi baik tapi ayang yang jadi jahat..kenapa suami org tu yang ayang kejar sampai hati ayang yang selama nie begitu sayangkan abg berubah sekelip mata..ayang boleh melukakan hati abg dengan mudah sedangkan macam2 kita dah tempuh bersama-sama..bukankah kita sudah berjanji ingin hidup semati..tapi ayang mungkiri janji meninggalkan abg sendiri disini..abg sunyi..abg sepi..dalam hidup abg cuma ada ayang..ayang tolong la kembali jasad dan hati ayang pada abg..abg cuma rasa jasad ayang ada pada abg tapu hati ayang tak ada pada abg..

Saturday, May 9, 2009

Calon Isteri Yang Baik

1. Memiliki agama yang baik (Tercakup pula di sini adalah sifat amanah, shalat malam, hafalan Al-Qur'an, pengetahuan agama dan sebagainya). Hal ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wata'ala yang artinya kurang lebih demikian: "Sesungguhnya hamba sahaya (budak) yang mukminah (beriman) itu lebih baik daripada wanita musyrik walaupun dia menyenangkan hatimu." (QS. Al-Baqarah:221)

Allah Subhanahu wata'ala berfirman yang artinya kurang lebih demikian: "Wanita-wanita yang baik-baik itu untuk lelaki-lelaki yang baik-baik dan lelaki baik-baik itu untuk wanita-wanita yang baik-baik." (QS. An Nur:26)

Allah Subhanahu wata'ala berfirman yang artinya kurang lebih demikian: "Oleh karena itu wanita yang shalilhah adalah wanita yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada oleh karena Allah telah memelihara (mereka)." (QS. An Nisa':34)

Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda yang artinya kurang lebih demikian: "Pilihlah wanita yang memiliki agama yang baik, semoga engkau beruntung." (HR. Bukhari dan Muslim)

2. Kalau seandainya wanita itu memiliki agama yang baik, cantik, dari keturunan yang baik-baik dan kaya maka wanita itu lebih baik daripada wanita yang memiliki agama yang baik saja. Maksudnya adalah kalau memang ada wanita yang memiliki agama yang baik dan cantik maka itu lebih baik daripada wanita yang memiliki agama yang baik akan tetapi kurang cantik. Demikian pula kalau ada wanita yang memiliki agama yang baik dan berasal dari keluarga baik-baik maka dia lebih baik daripada wanita yang hanya memiliki agama yang baik seperti wanita tadi. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam: "Wanita itu umumnya dinikahi karena empat perkara: harta, cantik, keturunan, dank arena agamanya. Pilihlah wanita yang memiliki agama yang baik, semoga engkau beruntung."

3. Dianjurkan memilih wanita yang pengasih dan lembut dan alangkah bagusnya kalau sekiranya wanita itu dari Quraisy. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam yang artinya kurang lebih demikian, "Sebaik-baik wanita adalah yang mengendarai unta (wanita Arab). Wanita Quraisy yang baik adalah yang paling sayang kepada anak kecil dan yang paling bisa menjaga harta suaminya."

4. Dianjurkan untuk memilih gadis ( Kecuali kalau ada alasan kuat untuk menikah dengan janda sebagaimana telah kamijelaskan sebelumnya). Hal ini didasarkan pada uraian tentang keutamaan menikah dengan gadis di atas.

5. Dianjurkan memilih wanita yang cantik, taat dan bias memegang amanah. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang baik dengan mengumpulkan jalur-jalur periwayatannya dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu. Dia bercerita bahwa Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya tentang bagaimana wanita yang baik itu? Beliau menjawab yang artinya kurang lebih demikian, "Wanita yang menyenangkan suaminya tatkala dipandang, taat kepada suaminya tatkala diperintah, tidak menyelisihi sesuatu yang dibenci suaminya yang ada pada dirinya dan tidak khianat dengan harta suaminya."

6. Dianjurkan memilih wanita yang sayang suami dan bisa menghasilkan banyak keturunan, karena adanya dorongan dari Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam untuk itu.

7. Dianjurkan memilih wanita yang tidak memiliki cacat. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam yang artinya kurang lebih demikian: "Larilah dari penyakit lepra seperti lari dari singa."

Monday, April 27, 2009


Friday, April 24, 2009

Nasihat Kehidupan Berkeluarga

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Wednesday, April 22, 2009

5 Petanda Kamu Sudah Angau

1) Gelisah apabila dia tidak online diruangan chat Gmail atau YM atau MSN. Kamu jadi geram kerana tiada resit si dia memeriksa e-mel kiriman kamu.

2) Sentiasa mencari alasan supaya dapat ke rumahnya walaupun hanya untuk meminjam VCD. Padahal VCD tersebut baru sahaja adik kamu beli semalam.

3) Kamu mula memegang semula buku kata-kata indah dan madah cinta. Juga rajin membeli buku psikologi tentang cinta dan cuba mempraktikkannya satu-satu pada si dia.

4) Si dia sering sangat memasuki alam mimpi mu sejak akhir-akhir ini.

5) Kamu melihat bayangan wajahnya di mana saja kamu pergi dan pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga kamu mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya

Friday, April 17, 2009

CinTa Yang Kabur

aku tahu aku bersalah
aku tahu aku yang silap
tapi bukan aku yang berselindung
sudah aku jelaskan dengan terang dan nyata


aku tak benci kau
aku sayang kau
jgn benci aku
sebab kau janji nak sayang aku

kau tengok mata aku
aku ada masalah
masalah yang bukan aku cari
tapi dia datang sendiri


kau penguat aku
aku mampu berdiri kerana ada kau
kau yang disebelah aku
yang sokong aku yang keras hati
dan banyak salah..


aku benci bile kau benci aku
sebab aku tak harap org lain suke aku
aku nak kau je sayang aku


dia bukan untuk aku
aku tak nak dia
aku nak tinggal kan dia
untuk kau
aku nak kau..
tapi kau yang nak tinggal kan aku


aku kene sabar ke..
aku kene sabar ngan semua nie..
lame lagi ker?


tolong aku
lepaskan aku
bukan lepaskan aku pergi
tapi dakap aku kembali


aku dah buta
buta dari mencintai wanita lain
aku cinta hanya kau


tapi kau buat
cinta yang kabur
untuk aku









'



berape peratus kekuatan cinta anda pada si dia?