www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
topbella

Monday, March 30, 2009

Kenali diri Dari Bulan Kelahiran Mu..



JANUARY

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selesema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk di rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cemburu yang sangat tinggi.


FEBRUARY

Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak dan genius, personaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, perlu belajar untuk mempamerkan emosi


MARCH

Personaliti yang menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan terlalu moody.


APRIL

Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk) dan berkawan, pandai menyelesaikan masalah orang lain, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, cuba kawal emosi, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.



MAY

Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang tinggi, permikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.


JUNE

Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, berperangai lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea dan moodidea yang terlalu banyak di kepala, bersifat sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat, suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selesema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji adalah musuh, sesiapa yang menegur adalah kawan


JULY

Sangat seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali dirangsang, ada harga dan maruah diri, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring, pengasih serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain melalui pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan, tidak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tidak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tetapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.


AUGUST

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap orang lain, berani dan tidak tahu takut, orangnya agak tegas dan berkepimpinan, pandai memujuk orang lain, terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang luar biasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.



SEPTMBER

Sangat bersopan santun dan bertolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tetapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya penaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi), banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, luka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, sistematik



OCTOBER

Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan santun, kecantikan luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama, cepat marah, pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih ,penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat



NOVEMBER

Banyak idea, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya, tidak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah



DECEMBER

Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi benci pada kongkongan suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

kemana kau pergi sayang..

selamat menghadirkan diri dan minda anda ke blog ini..aku dah lame sangat x update blog nie..boleh jadi marah org yang selalu tgk blog nie kalau slalu cam nie..mane tak ner,ramai yang nak tau akan perkembangan hafizah in wonder..skang nie hafizah in wonder xde ngan aku..maksud aku, kitorang dah xdpt nk spent time cam dulu lagi dah disebab kan dia sedang dlm course kat Malaysia Airlines Academy --MAA-- lah org panggil..dulu citer nye aku pun dah pegi course tu..selaku senior kepada hafizah in wonder, aku dah menjejak kan kaki ke MAA tu dulu la..course tu mengambil mase selama sebulan 1/2 la jugak..lame siot..aku tiap² hari datang keje skang dah tepu sebab hafizah in wonder xder ngan aku..tapi kadang² tu aku cube curik mase untuk berjumpe dia..alhamdullilah ade jugak ruang dan waktu untuk aku untuk bersama hafizah in wonder..

aku berharap sangat dia habis cepat course tu..boleh kitorang besame seperti dulu..aku sabar menunggu...

Thursday, March 12, 2009

Malam Yang Hitam Putih



sori lambat update..aku 2-3 hari nie sibuk je memanjang..so hari nie dapat la aku mengupdate blog nie..aku sebenar nye baru balik dari Afamosa resort..tapi aku bukan bersendirian tapi bersama hafizah in wonder + adiknye + mak mertuaku!!!tet tet..hehehe..agak kejung jap di situ..

aku penat giler la..ops..lupe nak bagitau korag..kitorang sebenar nye menghadiri majlis hari keluarga pada siang harinye dan dinner pada malam hari..aku pulak malam tu buat perform lak..aku, hafizah in wonder n kengkawan semua bertolak dalam pkul 8:30 pagi..n sebagai seorang yang selalu lewat aku pun menido kan diri di opis semate² nak mengelakkan aku dimarahi oleh rakan² sebaya..

alhamdullilah..kitorang bertolak mengikut mase yang ditetapkan..8:30 pagi..kitorang sampai di sana 11:00 pagi.patut nye kitorang dijangka sampai lebih awal tapi kitorang dah sesat.thats why kitorang lambat..tapi tak pe..sampai dengan selamat pun..

sampai je kat sane kitorang semua ke tempat pendaftaran untuk daftarlah..pastu ape lagi masuk theme park la..mandi manda n join game match untuk family day..tapi aku tak leh nak join sebab malam tu aku kene perform malam tu..so aktiviti aku tak same ngan dorang..aku n kebret yang lain kene buat final rehersal sebelom nak perform..penat nye aku..

aku skip la skit citer ek..lepas aku rehersal abis dalam pukul 6:00 ptg.ape lagi balik bilik trus bongkang la..pkul 7 aku bangun n trus bertolak ke tempat dinner tu..aku ngan hafizah in wonder dan berpakat nak berpakaian sedondon malam tu..hehehe..kaler yang kitorang pileh adalah hitam merah..memang menyerlah la malam tu..lip lap lip lap la kitorang..memang la mencapap..
sampai aku ngan hafizah dapat plak best couple dressed malam tu..dapat baucer ikea RM200.berbaloi la dgn penat lelah kami berdua nak carik dress yang terbaik..

Wednesday, March 4, 2009

aku tersentak dalam kebesaranNya..

sesungguhnya Allah itu maha pengasih(ar-rahman) dan penyayang(ar-rahim)..Dia akan sentiasa ingat pada hambaNya yang lemah tetapi adakah hambaNya akan ingat padaNya setiap masa..fikirkan lah..tujuan aku berceramah nie adalah untuk mengingatkan diri aku dan semua umat manusia betapa besarNya pengorbanan Tuhan iaitu Allah dalam memenuhi permintaan hambaNya..tengoklah ape yang dah jadi pada aku..




1. dalam seminggu dua nie aku ade masalah nak datang kerja..moto aku kan rosak..nak repair..masyallah..mahal sangat..haa..tu la..nak sangat moto canggih..dah tak reti nak jaga amik kau..jahanam sudah..dalam citer aku terdahulu kan ader aku citer pasal aku nolak moto ngan hafizah in wonder..time tu la moto aku rosak..adoh.. duit tak de lak..pening jap..nasib baik hafizah in wonder kuatkan semangat aku..pastu dah nak jadi citer,dengan kuasa Allah swt, tetibe member aku yang teramat sayangkan moto nouvo dia call aku dan offer aku pakai moto dia sementara moto aku rosak nie..dia cakap lepas moto aku ok..aku boleh return kan balik moto dia sebab dia nak pakai kete kakak dia..org ngah gile stereng katekan..lepas susah aku..

2. hal ke-2 nye, sebab aku dah serabut moto aku rosak, aku bercadang nak amik kete baru yang jimat minyak untuk aku g keje..tapi ader niat² lain lah lagi..tanye la hafizah in wonder..hehehe..kalau korang nak tau..proses nak kaur kete nie bukan lah perkara yang mudah apetah lagi org cam aku yang xder lesen nie..lagi la susah..tapi lagi skali, urusan aku dah dipermudahkan Allah..kete aku cepat je kuar..aku rase lagi cepat dari org yang ader lesen lah..alhamdulillah..kaler biru..cantek tau..hehehe..hafizah in wonder pun suke kaler tu..





3. pas kete dah kuar..akan la nak melanggut je dealer kete tu..abis dia nak makan aper?kene la bagi duit..patut nye aku kene kuar duit dalam RM1500.00..mane nak carik duit banyak tu..mane la aku ader..lagi besar duit yang aku nak kene kuar kan dari gaji aku sendiri lak tu..tapi..lagi skali..urusan aku dipermudahkan olehNya..aku kene bayar untuk kete tu RM500.00 je..sebab kete tu aku dapat diskaun..settle..





4. ape lagi..kete dah kuar..duit pun dah kuar..walaupun aku kene bayar RM500.00, jumlah tu besar bagi aku yang bergaji sederhana nie..sekaligus mengugat kedudukan kewangan aku..dah la nak g dinner Afamosa..duit xder lak..nak beli baju,seluar,kasut n macam² lagi lah..same lah ngan hafizah in wonder..tapi yang nie paling best..care dapat duit banyak yang paling cepat..aku dedahkan rahsia nye..beli kete--bayar skit--amik kete--pegi pejabat pos--amik borang redem--beratur sampai gemok--then dapat RM625.00!!!sape nak bagi..hehehe..tapi yang megejutkan..ader satu kejadian yang pelik dah berlaku!! ketika aku dan hafizah in wonder sedang menunggu Queue yang panjang sehingga berjimbit(maksudnye tggu sampai cucu aku jadi atok gak..lame xlame lah..) kitorang menunggu nye..dalam keletihan menunggu--aku sampai tetido.., ade sorang hamba Allah nie(pakcik dah--oldskool dah--)datang kat hafizah in wonder n terus bagi nombor dia yang lebih dekat gilirannye..tapi pakcik tu muke dia blur jer trus bagi piece of paper--nombor giliran tu la pade kami..mase tu ader 10 org di depan aku..ya Allah..terima kasih pada Allah..tapi aku pikir sebab pakcik tu bagi nombor giliran tu pada hafizah in wonder sebab dia comel kot--hehehe..

'



berape peratus kekuatan cinta anda pada si dia?