Wednesday, January 28, 2009
kenape tak nak kalau busuk??
halo..hari nie cam biase lah..aku keje malam..hari yang menduga dan menguji kebesaran Tuhan..dah di katekan umat manusia ader 24jam..8jam kerja..8jam tido..8jam beribadat..tapi ader ker yang beribadat sampai 8jan??..pikir² kan lah..
OK!aku dah takde pautan..tak de sokongan, tak de pendorong..aku perlukan hafizah in wonder..aku akan jadi kuat kalau ader dia..thanks anyway to my lovely hafizah in wonder..
Lagi satu..tajuk yang aku gunakan ini adalah lebih bersasarkan pada bentuk pertanyaan bagi mereka yang pernah digelarkan busuk atau dalam istilah yang lain hapak..kenapa anda di gelar sebegitu..kenape golongan ini dibenci atau di sisihkan..saya berharap anda diluar sana ada penjelasan untuk hal ini..kalau S_-_-_ knape cakap busuk..?hehehe..
Tuesday, January 27, 2009
mr n mrs LOVE cakap LaJu² ??
Monday, January 26, 2009
makan sampai G____K
Friday, January 23, 2009
Dont Judge ME..
Monday, January 19, 2009
10 minit?? Hamik Kau!!
Sunday, January 18, 2009
makan bende sejuk tak payah tiup la..
"makan bende sejuk tak payah tiup la"..kate hafizah in wonder..tapi aku dah terbiase buat cam tu..dah habit aku kot..bile nak suap untuk dia..(maybe kitorang selalu sangat makan bende yang panas so aku pun dah terbiase meniup makanan untuk dia..adoooi..)aku ngan hafizah in wonder g makan ABC atau ITD..boleh jugak..hehehe..sedap..tapi dia anti jagung..aku tak tau nape dia tak suke jagung..same jugak dengan laici...---tapi air laici suke pulak..--tak paham--aku nak perahkan laici tu supaya air laici kesukaan dapat diminum..tapi dia tak nak..tak tau nape..--tak paham--mungkin agak nye aku nak perah dari dalam mulut aku..pasal tu kot dia tak nak..
PerTuturaN TiDak JeLas??
Halo..bersua kembali..mesti anda bertanya-tanya kenape lah aku letak tajuk macam nie..kalau nak tau..tanye lah hafizah in wonder...tapi mintak maap..aku cakap mase aku ngan hafizah in wonder g tgk racing mini powerboat kat tasik KJ..laju tau bende tu..kalau moto kapchai aku tu..tapi bende tu bising sangat..binggit gegendang telinge aku..sampai ape yang aku cakap kat dia smua tak dengar..aku ~tak~ mampu nak ulang perkataan tu..harap dia dengar..aku harap...
Saturday, January 17, 2009
8 Fakta Unik Tentang Cinta
1 Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak - bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).
2 Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. ( Ape lagi, ciumlah isteri anda atau sekadar pelukan manja pun ok)
3 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot)
4 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)
5 Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila
6 Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)
7 Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)
8 Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.
kan 'WorD' tu untuk aku...?
sedih..hafizah in wonder cakap word tu untuk aku..tapi dia dah bagi orang lain..bile aku tanye dia, dia cakap dia cakap dengar bunyi, cara n word yang berbeza..tapi aku dengar jelas..bunyi nye same..dia dah janji xboleh bagi word tu kat orang lain..tapi dia dah mungkir janji..sedih..suruh hafizah in wonder mintak maaf kan aku..memang BeRavo(bravo) lah..
Kekosongan Tika KAu TiaDa...
askum..halo halo halo kopi ke milo..hehehehe..aku bosan di tempat kerje nie..tanpa hafizah in wonder..nape?salah ke aku cakap jujur..kalau kite jujur bukan ke kite lebih disenangi oleh orang lain..aku sunyi..kalau dia ade,boleh la aku kene marah,kene ejek,kene sakat..boleh manje²..ehk ehk ehk ehk ehk
Friday, January 16, 2009
8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki
Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…
Thursday, January 15, 2009
Ku Mahu Kau Tahu
Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya
Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori
Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru
Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu
Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu
Wednesday, January 14, 2009
ralat----air sungai untuk DIA
ops sory..aku lupe satu bende la..citer nie patut aku tulis mase mule² aku buat blog nie..tapi janji jangan gelak tau..cite nye cam nie..aku n the geng pegi bermandi manda kat sungai gabai..tapi hafizah in wonder tertinggal...so memandangkan aku tertinggal dia kat opis, aku dah di hukum~~~~~~aku kene bawak balik~~~~~jgn gelak aku cakap tadi..aku kene bawak balik sebotol air sungai gabai untuk hafizah in wonder...tolong!!!!aku terhukum..lagi satu..aku mintak maap pada saudara zani..aku terpakse berbohong pada dia untuk mengelakkan kan di gelakkan oleh makhluk itu..so lihat la dunia..aku dah berjaya membalik balik air sungai yang diminta boleh hafizah in wonder untuk menghilangkan rase kekecewaan hatinya kerana di tinggal kan tanpa pesan..mungkin akan berlaku satu hari nanti...
Tuesday, January 13, 2009
JanGaN berubah selepas 5 SAYANG
Aku takut bile ini terjadi..pukul 5..aku takut pukul 5...bile waktu nie tiba, aku sentiasa bersiap sedia..hafizah in wonder berubah selapas pukul 5..dia yang asal nye baik dan mesra padaku akan berubah bile tepat pukul 5..yang menjadi hal nye aku tak mampu nak menahan kemaruk hati aku bile dia mencebik kan bibir dan mengerutkan dahi..aku "lun nyai" bile x-prasi wajah indah nya berubah..jgn sesekali buat silap pada hafizah in wonder selepas pukul 5...aku berpesan pada semua..aku penah bertanya perkara nie pada dia(time tu pagi atau tghari..nak tanye lepas pukul 5?korang nak mampos..)pasal perkara nie..dia kan mintak maaf pada aku..dia kate mungkin sebab dia terlalu penat berkerja sampai emosi dia terganggu..tapi dalam pengamatan aku..dia mengalami sindrom 5 o'clock..kemarahan dan luahan emosi negatif aku berlaku dek ruang pembuluh darah dia mengecil dan darah akan mengalir deras..sayang..harap ini akan berubah..segera...aku memohon sesuatu yang baik untuk hafizah in wonder ...
Sunday, January 11, 2009
Ketip KuKu yang tersayang..untuk Kesihatan dan Kemesraan..HuhuHu
Askum..bagi mereka yang berkasih..bela lah kuku kamu panjang² sebab nanti nanti ade orang yang tersayang yang akan ketipkan kuku kamu..hahahaha..ini fakta dan aku sendiri dah mencuba kaedah ini dan ianya sangat berkesan..!!aku dah di ketipkan kuku oleh hafizah in wonder..wahahaha..dia ketipkan kuku aku dengan penuh kasih sayang..hahaha(sebenarnya setiap perbuatan aku dan dia berlandaskan kasih sayang...)anyway...thanks sayang..sebab ketipkan kuku abg yang tebal dan liat tu...sangat abg hargai..
Wednesday, January 7, 2009
aku, dia dan NASIK LEMAK
askum..hari nie dalam sejarah..aku dah melukakan hati hafizah in wonder..bunyi cam pelik~~~pasal NASIK LEMAK~~~~~....aku mengaku salah sebab aku dah membuat hafizah in wonder terSENTAP...sory sayang..citer nye aku bergurau ngan dia(kan dah mmg prangai aku..)aku cakap dengan nada slamber aku jer..aku ckp kat hafizah in wonder yang aku nak dia buang nasik lemak yang aku belikan untuk dia..aku beli dua bungkus..dengan harapan dapat la aku makan berdua ngan dia...tapi salah aku gak..aku dah masak mee goreng utk dia pastu beli plak nasik lemak..mane la larat perut comel dia nak telan semua..aku pun satu..hafizah in wonder takut gemuk..hehehe..gara² kate² yang agak keras nak buang nasik lemak tu dia merajuk..n dia tak penah cakap marah² kat aku..pening jap..aku tanye MAI(bukan name sebenar) merangkap member hafizah in wonder nak wat cam ner..dia bagi tau kat aku hafizah in wonder nak bermanje² je ngan aku..o000o0o0o0o0o..sory...aku lelaki yang lembab nak paham..ya ampunnn..puas mlm kejadian aku memujuk dia..boleh tahan jugak keras hati hafizah in wonder nie..tapi aku ade advantage aku...aku ade baaaaaaaanyak saaaaaaaaabar utk dia..aku percaya dengan kesabaran saje lah yang boleh membuat seseorang mengecapi kemahuan dan kehendak nye(dulu aku part time cikgu bahasa melayu)..aku call dia 5000kali..pastu baru lah hati dia sejuk balik kat aku..hahahaha..senang hati aku..pastu aku dah janji ngan dia esok kitorang dok sebelah menyebelah..biar la orang nak cakap ape..aku dah tekad..aku harap hafizah in wonder pun cam tu gak..manusia ade mulut..kalau ade mulut tapi tak pakai susah jugak..so biar la dorang nak cakp ape..aku n hafizah in wonder akan tabah mengharungi segala onak dan liku...cayok!cayok!cayok!..bersemangat W_J_hehehe..jumpe lagi..